Wednesday 18 December 2013

Memberi Salam Ketika Tiada Orang di Rumah

Assalamualaikum. Pada entri pertama ni saya nak kongsikan tentang memberi salam. Sebagai ilmu tambahan untuk saya dan anda juga. Saya tertanya-tanya perlukah memberi salam ketika masuk ke rumah lebih-lebih lagi apabila tiada orang di rumah. Mungkin dahulu saya pernah tahu tapi tidak mengamalkannya sehinggakan saya terlupa. Insya Allah kali ini saya akan amalkan.

Memberi Salam ketika Masuk Ke Rumah


فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. (An-Nuur 24:61)



  • Masuk rumah dahulu.
  • Beri salam.
  • Wajib bagi yang mendengar salam (di dalam rumah) menjawab salam.
*Hukum memberi salam ketika hendak masuk ke rumah adalah sunat. *Sunnah masuk rumah dengan kaki kanan. *Beri salam, memadai dengan salam yang pendek - Assalamualaikum. 


Memberi Salam ketika Masuk Rumah yang Kosong


Maka ucapkanlah juga salam "Assalamualaina Wa'ala ibadillahissolihin."

Kalau dalam rumah tiada orang, malaikat yang akan jawab salam kita tetapi, jika syaitan yang ada di dalam rumah kita, salam itu akan memedihkan telinga syaitan, dan membuatnya lari.

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:


"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

Memberi Salam ketika Masuk Ke Rumah Orang Lain




Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). 



Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. 

  • Jangan masuk rumah dia dahulu.
  • Beri salam.
  • Palingkan muka dari pintu rumah. (bagi menjaga pandangan mata kita dan aurat keluarga tuan rumah).
  • Setelah mendapat keizinan tuan rumah, barulah boleh masuk.
P/S: Sekiranya ada salah dan silap, harap ditegur. Saya hanya insan biasa, masih banyak perlu dipelajari. banyak kelemahan dan kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri sendiri. 

Wallahu a'lam...


4 comments:

  1. "hendaklah kamu memberi salam"
    Apasal tiba² hukumnya Sunat...
    Bukanka memberi salam masuk rumah itu wajib... kalau tidak beri salam, jin kluar masuk rumah.. bikin porak peranda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memberi salam sunat.. Menjawab salam itu wajib jika kita mendengar salam tersebut

      Delete
    2. Kalau wajib, nescaya tak bagi salam akan menjadi dosa.

      Delete
  2. Nada perlu kuat atau perlahan kalau rumah sendiri dan tiada orang dirumah

    ReplyDelete